eUsahawan Kelas Online Marketing

Coach eUsahawan 2023 | Kenali Suraya Ali

coach eusahawan 2023

eUsahawan 2023 kini kembali lagi! Kali ini, lebih ramai coach digital marketing hebat-hebat telah ditampilkan ke hadapan. Namun dalam ramai-ramai coach eUsahawan 2023 tersebut, Puan Suraya Ali pun merupakan salah seorang coach yang telah dilantik.

Eh kejap, Puan Suraya Ali tu Cik Sue lah! Hahaha…

– Gurauan Cik Sue
coach eusahawan 2023

Profile Suraya Ali, Coach eUsahawan 2023

Tak kenal, maka tak cinta tau! Jom Cik Sue cerita sedikit sebanyak tentang profile Cik Sue, sebagai seorang coach eUsahawan 2023.

Cik Sue merupakan seorang Business Coach, Trainer dan juga penulis beberapa buah portal blog di bawah kendalian perniagaan sendiri. Lunaworks Alliance PLT nama diberi.

Cik Sue pernah bekerja dalam bidang IT selama 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang runcit barangan bayi ‘Lunatots‘. Senang cerita, Cik Sue dah miliki pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan selama lebih 13 tahun.

Walaupun begitu, kini Cik Sue lebih fokus ke arah bidang kerjaya sebagai seorang Jurulatih (Coach/Trainer) dalam bidang Keusahawanan Digital. Cik Sue juga telah berjaya bekerjasama bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak tahun 2016, bagi membantu para usahawan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Cik Sue pun selalu mengadakan sesi training pemasaran digital terutama dalam bidang konten untuk pelbagai jenis agensi, universiti dan organisasi.

Apa Antara Kelayakan & Anugerah yang Cik Sue Ada?

– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3

Ini baru sedikit sahaja yang dapat Cik Sue kongsikan. Maaf, tapi sebenarnya banyak lagi title yang telah Cik Sue pernah peroleh, cuma tidak semua dapat dikongsikan atas tujuan privasi…

Syarat Menyertai eUsahawan 2023 Bersama Cik Sue

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai perniagaan sendiri.
  • Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
  • Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach eUsahawan 2023 – Suraya Ali.
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.

Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!

Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan 2023.

Pssst, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ilmu dan isu semasa terutamanya berkaitan dunia perniagaan dan pemasaran digital di portal LunaStory.com!


Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *