“Orang Malaysia tak suka membaca”
Betul ke?
Betul dan tak betul.
Bila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik minta di Twitternya untuk kita senaraikan 10 buku yang kita sedang baca sekarang, saya menelan air liur perlahan tapi terasa susah nak lalu.
Macam telan batu kerikil. Haha tak pernah telan, macam sahaja.
Sepuluh buku yang saya baca ya — kebanyakannya mukabuku (Facebook) dan waktu lain mendengar audio di kelas apps Udemy, belajar Bahasa Jepun di apps Memrise, dengar audio ebook Platform.
Itulah keutamaan sekarang. Maksud keutamaan tu ialah bila lapang sikit terus buat apa.
Oh ya selain mengulang sitkom Friends!
Cop Suraya. Tak cukup 10 buku.
Dan Dr Maszlee juga menggesa ibubapa untuk melatih anak-anak berminat dengan buku.
Saya sangat berminat dengan (beli) buku.
Hampir beberapa almari penuh dengannya.
Masa yang tidak diallocatekan dengan baik membuatkan buku buku itu kekal baru macam bau dari kedai.
Zaman Internet dan handphone (sentiasa) di tangan membuatkan separation anxiety terhadapnya agak tinggi!
Ya ya saya tahu ianya berbunyi seperti menyalahkan orang lain lebih mudah haha tapi entri ini bukan bertujuan begitu.
Sebagai cikgu yang mengajar Online Marketing, saya kongsikan apa yang boleh kita lakukan terhadap mukabuku yang kita sering baca ini ya.
Pertama #1
Unfollow dan unfriend
Setiap posting yang lalu di wall kita adalah makanan minda.
Jika posting yang lalu adalah kekecewaan, complaint dan pelbagai rungutan walaupun ianya bukan untuk kita, ia tetap mengambil ruang dalam hidup kita.
Atau dalam minda kita.
Sekarang ada button unfollow. Jika tak berani unfriend sebab individu yang sering menulis posting itu adalah orang terdekat, unfollow sahaja.
Bukan kerana dia negatif, tapi sebab kita tak tentu hala emosi diri lagi.
Orang kuat takkan terjebak haha tapi kita bukan ustat, kita baruuuuu je nak start.
Tak semestinya perkara negatif sahaja yang kita unfollow.
Ada satu masa asyik keluar posting artis itu dan ini pun kita boleh semak fikiran padahal kita yang follow.
Artis atau selebriti mahupun individu itu positif aje okehhh.
Unfollowlah apa-apa yang kita tak mahu dan tak perlu buat masa ini.
Tapi jangan hebah-hebah kan “Aku dah unfollow dah A sebab dia tu like good (perasan bagus)” sebab dia tak perasan.
Yang penuh perasaan tu kitaaaaa.
Kedua #2
Mulalah menulis
Facebook memang tak bagus sebab banyak benda lagho. Tapi kita lagi tak bagus sebab tak tulis perkara-perkara positif.
Tak retilah nak tulis Cik Sue.
Tak reti sebab tak tahu dan tak mahu.
Cuba dulu.
Cuba tulis apa yang kita mahu sampaikan.
“Cik Sue saya tak berminat nak kongsi hal peribadi saya di FB”
Cik Sue punnnnn.
Bila time kita gaduh, kita sedih, kita badmood bukanlah sesuatu yang comel untuk ditulis dan diingati.
Dan sehari 6 kali saya update itu rasanya baru 10% dari kehidupan. Agaknya kalau update semua, mungkin FB hantar notification sebagai heavy user haha ok ok gurau je.
Cerita dari sudut-sudut tertentu. Sebagai guru, doktor, pegawai kerajaan, pemancing tegar, ibu menyusu.
Mesti ada cerita yang boleh kawan-kawan ambil iktibar.
Ketiga #3
Tahu Untuk Apa
Untuk apa saya menulis Cik Sue? Bukannya dapat duit haha betul juga.
Sebab ni paling utama.
Kalau tak tahu sebab apa, memang tak jalan walaupun masuk mana-mana seminar.
Ada pelbagai sebab.
Satu, buku yang orang (ramai) baca adalah muka buku. 37 rakyat Malaysia dan 26 aktif Internet adalah satu amount yang tinggi.
Jom mula menulis di tempat orang berkumpul jom.
Kedua, ada yang guna untuk pemasaran perniagaan dia. Ada yang menulis kerana bakat dan kurniaan Dia.
Tak baik tau sia-siakan apa yang Allah beri.
Ketiga, kalaulah ada perkara yang kita tinggalkan dan ianya adalah dalam bentuk profile FB yang penuh dengan perkara-perkara baik, alangkah baiknya.
Selagi tulisan kita dibaca dan mendatangkan kebaikan, selagi itulah beroleh pahala manalah tahu boleh buat token tukar dengan tiket ke syurgaaaaa.
Coba ya!
Jom kita kembalikan rakyat Malaysia kepada habit suka membaca dan menulis semula.
Cik Sue,
Seorang Coach untuk Online Marketing.