Online Marketing

Tips Kekal Positif di Sosial Media

Daripada mula berniaga, saya kongsi banyak perkara di Internet (masa tu blog). Daripada bisnes kad kepada booth dan gambar tim.

Tak terfikir pula “Ehh nanti orang cakap apa.”
atau
“Bisnes ni kecil aja orang lain besar pun tak kalut tunjuk.” 🤣

Tahun demi tahun, makin lama makin segan. Eh tak payahlah kongsi. Banyak benda belum bayar lagi tapi macam sibuk je kesana kemari. 🤣

Saya manusia biasa yang bukan maksum, ada juga suara suara berbunyi begitu begini.

Sehinggalah ke hari ini, daripada bisnes retail ke industri training. Belum status bisnes lagi kalau ikut Robert Kiyosaki masih self employed.

Tips Kekal Positif di Sosial Media

1. Perkara pertama ialah apa sahaja orang kata bukan untuk kita (kecuali di mention nama) terutama di media sosial.
Jika dia taip status “Ada orang tu etc etc” itu bukan kita, selagi tiada nama 🤣
Dia kata tentang dirinya sendiri mungkin.

Ianya sekadar refleksi tulisan peribadi.
Hormatilah dengan cara biarkan sahaja. Usah berbalas-balas kerna ia menyakiti.

Masuk media sosial pun kena bawa hati dan beringat dengan buku yang dicatit malaikat belah kiri.

2. Status media sosial yang kita tulis juga usah membenci sana sini. Orang itu kita rasa salah kerana tahap itu sahaja ilmu yang kita ada buat masa ini.

Mana tahu suatu hari nanti ilmu kita bertambah dan mulai faham apa yang individu lain itu lakukan.

3. Saya mulai layan diri saya seperti orang lain. Contohnya jika orang lain dalam keadaan saya, apa yang akan saya kata padanya?

Biasanya adalah “Go get it girl.” Atau “Do it, jangan risau orang lain.” “Believe yourself.”

Sebelum ini saya dapati saya tak melayan diri saya dengan baik. Bila time diri sendiri update je saya kata “Eleh, itu pun nak beritahu. Berangan lettew.”

Bila saya sedar yang adakah saya akan cakap begitu juga pada orang lain which I won’t, saya mula melayan diri saya dengan kasih sayang dan galakan.

Dan poin terakhir, semua orang melakukan apa yang dia perlu lakukan. Katakan pembaca berita asyik baca berita, takkan kita kecam dia kerana dia buat kerjanya kan.
Sama macam update sosial media, orang yang kerjanya disini melayan sosial media seperti sebuah kerjaya jua.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *