Skil Digital Marketing
Ini adalah antara soalan yang sering mengelilingi eh menghujani diri saya sendiri iaitu – skil digital marketing apakah yang diperlukan untuk memantapkan Pemasaran Digital organisasi atau perniagaan saya?
Pada sesetengah orang, digital marketing ataupun online marketing ini mudah sahaja dilakukan.
Namun pada sesetengah yang lain, walaupun pelbagai kelas kita dah pergi namun masih tak dapat ‘feel’ lagi pemasaran digital ini.
Nak mulakan senang.
Nak teruskan, bukan senang kan?
Empat skil ini mesti ada dalam organisasi kita untuk memulakan seterusnya meneruskan pemasaran digital.
Skil Digital Marketing Yang pertama #1
Skil khidmat pelanggan (Customer service)
Nak panggil pelanggan kita sebagai apa – sis, Puan, Tuan atau sicantik haha kena orang yang benar benar berhati bersih dan penyayang.
Manusia kan ada pelbagai ragam. Jadi insan dengan skil khidmat pelanggan amat diperlukan dalam organisasi kita.
Beliau juga perlu latihan ‘closing sales’ sekiranya kita menjual produk.
Kalau boleh, beliau juga akan menjawab setiap persoalan di FB, emel, website, Twitter dan semua channel yang organisasi kita ada.
Skil kedua #2
Skil mendesain.
Dunia digital marketing perlukan grafik cantik.
Cantik pula ditafsirkan oleh mata yang memandang.
Cuma ‘less is more’ dan semakin ramai yang bersetuju dengan simplicity of design membuatkan ia cukup ‘cantik’.
Ada banyak applikasi yang boleh digunakan untuk desain antaranya www.canva.com
Grafik kan apa sahaja material produk atau servis yang organisasi kita ada.
Skil digital marketing yang ketiga #3
Skil menulis.
Memang semua rakyat Malaysia yang bersekolah berkebolehan menulis. Sebaik sahaja belajar ABC dan mengeja, mustahil kita tak pandai menulis.
Namun skil penulisan yang diperlukan ialah skil melihat mesej tersirat (dan tersurat) yang mahu organisasi kita sampaikan.
Samada di media sosial, emel dan website.
Kenapa menulis? Sebab dunia digital terutama Google membaca keyword yang bertulis.
Skil keempat #4
Skil kemahiran dalam analitik.
Kalau kita buat pemasaran digital, kita kena ada ukurannya.
Bagaimana nak tahu metod ini berjaya.
Apa dimensi iaitu sudut yang kita nak lihat.
Contohnya umur pelanggan yang masuk ke laman web kita.
Dan bagaimana matriksnya iaitu apa range berjaya-gagal sesuatu kempen pemasaran digital kita.
Contoh matriks ialah katakan antara umur 25 hingga 50 (contohnya).
Kita perlukan insan dengan skil ini dalam perusahaan kita.
Kalau kita sendiri ada semua skil diatas, ianya lebih mudah untuk kita lakukannya.
Namun jika kita tak ada semua skil, boleh pertimbangkan mencari insan sedemikian didalam organisasi kita.
Ada seorang tim member kita yang boleh lakukan dua atau tiga skil diatas dalam satu masa.
Ada yang tak boleh.
Selamat ber-digital marketing ya kawan kawan!