Blog

Arthur Carmazzi 5 Suasana Kerja yang Ideal

7 Jun 2015.
———————-
Malam ini kami dipertemukan dengan Mr Arthur Carmazzi yang merupakan antara top 10 Leadership Guru di dunia.

Apa perasaan kami? Terbang di langit tinggi.
Subhanallah hebatnya ciptaan Tuhan memberikan yang baik dan yang cantik pada apa sahaja permintaan kita sebagai hamba.

Saya kongsikan perkongsian 25 minit Arthur.

Kita mungkin positif, atau bijak mahupun hebat, namun sekiranya kita berada didalam kumpulan individu yang sering merungut,  asyik menuduh dan membuatkan sesuatu yang mudah menjadi sukar.

Ianya akan mengubah kita menjadi sebegitu juga. Serupa seperti ahli kumpulan yang lain.

Jadi ungkapan “Pilih pilih tempat bermandi, pertama teluk kedua pantai.
Pilih pilih tempat mengaji, pertama elok kedua pandai” adalah lebih daripada benar.

Hidup adalah pilihan. Pandai-pandai lah memilih kumpulan.
Saya pilih Ekonomi Persahabatan.

Lebih bahaya jika kita mungkin jadi lebih teruk  daripada apa yang mampu kita lakukan sebelum ini.
Kita juga tidak dapat mengeluarkan potensi sebenar dalam diri kita.
You will become under achiever.
Aduh,  perasaan itu amat teruk dan tidak berguna!

Peningkatan potensi kita memerlukan persekitaran yang saling menyokong (bringing out the best in each other).

Ianya proses perubahan untuk melakukannya.

5 perkara utama (pillars)  untuk transformasi yang dikongsi kan Arthur F. Carmazzi malam tadi ialah :

Kita memerlukan tujuan yang lebih besar.
Ianya mestilah lebih besar daripada kita dan lebih besar daripada syarikat kita.
Suatu pencapaian yang lebih besar.
Ia bukan tentang produk.
Ia bukan tentang jualan.
Ia tentang bagaimana kita boleh membuat perubahan dan penciptaan.
Ia sangat besar!

Tidak kisah dimana kita berada atau penelitian perbezaan budaya.
Apabila ditanya tentang  di manakah kita suka bekerja, biar berbeza jawatan dan pangkat, jawapannya masih sama.

 

 

dcistudy (Small)

Ini 5 ciri tempat kerja ideal apabila ditanya apakah yang dimahukan dari sebuah organisasi.

1. Kerjasama dalam kumpulan (Teamwork).

Kita (sentiasa) mahu bersama dalam sebuah kumpulan hebat.
Terbukti tiada siapa mahu sendiri.

Simpan kata ini
“If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together.”
———————————-
Usahawan perlu tahu : Kemahiran Mengenal Personaliti.
——————————

2. Suasana yang menyokong (Supportive environment).

Antara satu jabatan ke satu jabatan yang lain saling membantu.
Saling meluangkan masa, meringankan tulang memberikan bantuan — tak berkira tenaga dan masa.

Tak terasa waktu berjam-jam di tempat kerja apabila mempunyai suasana yang mesra.
————————————
Usahawan perlu tahu : Kemahiran Memberi Tanpa Nanti.
———————————-

3. Kejelasan (Clarity).

Kita manusia mahu tahu kemana arah tuju kita.
Mahu tahu apa yang perlu dilakukan untuk tiba ke destinasi.
Kita mahu kefahaman tentang apa yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku,
Ianya suatu kemahiran. Kemahiran menjelaskan dan segalanya akan berlangsung dengan baik.
———————————–
Usahawan perlu tahu : Kemahiran Bercakap dari Hati
———————————–

4. Kepercayaan (Trust)

Semua orang mahu kepercayaan untuk melakukan sesuatu.
Sekiranya kita melakukan kesalahan, kita mahu dipercayai bahawa kita tidak berniat untuk merosakkan sesiapa.  Kita sedang cuba melakar kejayaan untuk semua. Kita mahu dipercaya.
Beri ia kepada ahli tim kita.
———————-
Usahawan perlu tahu : Kemahiran Membahagi dan Berdamai dengan Diri
———————–

5. Bergembira (Have Fun)

Semua orang mahu bergembira melakukan kerja mereka.
Biarpun bekerja sehingga malam.
Ianya proses yang dilakukan bertahun tahun dan siapa mahu bersedih dan merasa teruk sepanjang tempoh itu?
Berikan kegembiraan,  taburkan benih kemesraan, siramkan baja perhubungan.
————————
Usahawan perlu tahu : Kemahiran Menyalurkan Motivasi
————————

Siapa usahawan? Kita ialah insan yang penuh inspirasi dan memberi setiap hari.

Terima kasih Dato Roslan Abdul Hamid, Datin Ruzita Jaafar, Ibu Guru Faridah Hanim, Arthur F. Carmazzi.

Saya sambung kemudian tulisan.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *