Blog

Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid – Momentum 2019

Nota Dato Roslan Ab Hamid

Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid – Momentum 2019

Saya mengenali Dato’ Roslan Ab Hamid sejak tahun 2012 sewaktu didalam kelas bisnes Dr Azizan Osman. Menghadiri Program Public Speaking Mastery dan Ekonomi Persahabatan yang dianjurkan oleh beliau sepanjang 2013 dan 2014. Seterusnya belajar mengendalikan corporate training dengan Ibu Hanim pada 2015.

Segar sungguh rasanya bila dapat menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu Bisnes bersama Dato Roslan yang turut dikenali sebagai Public Speaking Guru Nusantara pada 6 Januari 2019. Momentum 2019 untuk tahun baru yang penuh kecemerlangan. Dalam usia 53 tahun, banyak perkara yang beliau katakan dan lakukan yang saya belajar daripadanya. Saya pasti begitu juga dengan peserta program beliau yang lain.

Bagaimana menetapkan azam baru boleh dibaca disini.

Dato Roslan Ab Hamid

Majlis yang penuh bermakna ini dianjurkan oleh pemilik Dewan Sri Hatinie, Shah Alam yang menyediakan tempat yang eksklusif dan makanan yang sangat enak.

Dato Roslan Ab Hamid menyampaikan perkongsian ilmu bisnes untuk Momentum 2019

Hampir dua jam Dato’ Roslan Ab Hamid berdiri menyampaikan ilmu dan amalan yang beliau usahakan dan serasanya kurang dari 10 kali saya mengangkat muka. Kebanyakan masa daripada dua jam ini diambil untuk mencatat setiap kata-kata yang dilontarkan oleh beliau. Kalau tak dengar betul-betul kali ini, susah nak jumpa Dato’ Roslan kerana jadual beliau sangat penuh di Indonesia. Hargai sungguh-sungguh dua jam yang beliau luangkan ini

Kelas Dato Roslan Ab Hamid
Peserta yang hadir ke program 6 Januari 2019

Berikut adalah antara nota yang dicatat sepanjang program bersama Dato Roslan Ab Hamid hari ini.

Ringkasan Program

Semua kita dihadiahkan 365 hari sepanjang 2019. Ianya bagi kita bersedia menghadapi tahun 2020 dengan lebih berani bervisi dan berbekalkan strategi kepimpinan (leadership strategy). Jangan banyak berteori dan terus lakukan pesan Dato Roslan.

Visi

  1. Dalam Perniagaan 

    Bagi setiap usahawan yang hadir untuk melihat ‘sesuatu’ yang lebih besar di hadapan dalam perniagaan kita semua hari ini. Hampir setiap hari kita mengira jualan (sales) hari ini, minggu esok dan bulan seterusnya. Mulalah dengan meletakkan jumlah simpanan tunai (cash reserved) yang perniagaan kita mahu ada sepanjang kita berniaga.

    Tangible vs Intangible

    Tangible dalam perniagaan kita ialah jualan, jumlah cawangan, jumlah SKU, jumlah pekerja dan apa sahaja yang menjadi ukuran dalam kiraan akauntan.
    Intangible adalah seperti nilai jenama kita, jumlah pelanggan sedia ada kita dan kesetiaan mereka malah individu yang bersungguh bangun didalam syarikat kita juga dikira.

  2. Karektor Usahawan

    Proses membina karektor keusahawanan itu bukan sehari dua. Usahawan ternama hari ini semakin dan semakin berjaya apabila mereka turut sama membina perkara yang tidak dapat dihitung (intangible) dalam perniagaan mereka.

Strategi : Perkongsian Ilmu Bisnes Dato Roslan Ab Hamid

Strategi untuk Perniagaan

  1. Letakkan ‘Grand Why’ iaitu mengapa kita melakukan sesuatu itu di tempat yang paling utama dalam perniagaan kita.

  2. Apabila ianya berbentuk ‘inmaterial’ iaitu tidak semata-mata kerana kebendaan (material) seperti kereta, rumah, wang dan lain-lain, ianya akan lebih berjaya.

  3. Contohnya kita menjual pakaian solat dan umrah bagi menyediakan umrah yang bermakna bagi setiap pemakai pakaian kita. Kepuasan terletak dalam setiap pakaian yang terhasil akan mendorong sikap positif dalam setiap anggota dalam perniagaan kita dan secara tidak langsung membawa kepada kejayaan material.

 

Strategi untuk Pembinaan Karektor

  1. Bila kita bangun awal jam 4 pagi, kita telah bangun lebih awal daripada orang lain. Ia bermakna kita ada lebih waktu dan boleh melakukan lebih banyak perkara berbanding orang lain. Atau mungkin dari diri kita sebelum ini! Pada tahun-tahun sebelumnya. Orang yang lebih awal melakukan sesuatu akan lebih berjaya.
  2. Setiap pagi sebelum Subuh ambil masa untuk menyenaraikan 10 perkara mustahil yang kita mahu capai. Yang tak tercapai dek akal kita buat masa ini.

    Antaranya ialah (mungkin) menghafal Al-Quran, belajar di Universiti of Harvard, bekerja di Jepun, jadi puteri/permaisuri atau apa sahaja.

    Jangan terhadkan kepada kewangan atau kemampuan yang kita ada sekarang. Biarkan sahaja senarai itu lepas bebas seperti dunia ini ana yang punya.

  3. Karektor yang kita mahukan dibentuk oleh konsistensi dan frekuensi. Konsistensi kita melakukan taktik-taktik dengan teknik-teknik yang akan dikongsikan.

    Frekuensi ialah jumlah. Kita perlukan suatu jumlah yang optimum untuk merealisasikan sebuah karektor.

  4. Belajar berfikir besar, biarpun bermula dengan kecil dan bertindak sekarang.

Nota Dato Roslan Ab Hamid Kelab 4 pagi
Nota Dato Roslan mengenai senarai semakan 4 pagi

Taktik untuk Mengekalkan Momentum

  1. Lihat gambaran masa hadapan. Ianya adalah vision of future.Tulis skrip untuk hidup yang kita mahukan dalam tempoh 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya sehingga tahun ke 10.
    Untuk menulis, ianya memerlukan kita berfikir.
    Berfikir mengenainya adalah sebuah kemahiran konseptual yang perlu dilatih.

    Ada tiga jenis kemahiran yang perlu kita latih diri iaitu kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual.

    Contoh kemahiran teknikal dalam bidang online marketing ialah membuat FB Ads, copywriting mahupun menulis blog.

    Kemahiran kemanusiaan pula ialah kemahiran closing jualan daripada pelanggan dan menghasilkan tulisan-tulisan yang berkualiti. Apa yang mereka suka, bagaimana mengurangkan halangan daripada pelanggan membuat pembelian.

    Kemahiran konseptual ialah memahami ‘siapa’ yang kita mahu dia baca artikel kita, ‘berapa’ orang mereka ini, peratusan daripada rakyat Malaysia mahupun Asia Tenggara dan ‘kemana’ mahu kita bawa ‘pelanggan’ ini selepas daripada mula berhubungan.

  2. Masuk kedalam bahagian atau bidang yang realiti semasa rasa susah. Pada bahagian yang kita rasa ‘tak boleh’ kita lakukan, disanalah ada ‘sesuatu’ untuk kita. Yang senang itu maknanya minda dan emosi kita sudah boleh terima.

    Tugas kita ialah membesarkan saiz otak dan juga emosi untuk terus terbuka dengan setiap satu demi satu kegagalan.

    Siapa yang belum pernah gagal itu maknanya belum cukup mencuba.

    Takut untuk gagal kadangkala membuatkan kita tidak ke mana-mana selagi belum cukup semuanya.

  3. Cari lohong hitam untuk ke angkasa.
    Mesti ada cara untuk berjaya.
    Antaranya taktik bangun awal 4 pagi setiap hari.
  4. Berhenti menjadi penggema pendapat orang lain. Apa yang orang rasa belum tentu apa yang kita fikir.
    Dan tidak semestinya kita setuju dengan apa sahaja yang orang kata.
  5. Jadikan ekonomi kedermawanan sebagai sikap. Percaya dengan ‘lebih banyak kita beri, lebih banyak akan kita dapat’ menjadikan kita orang yang suka memberi.

    Minda sedar kita 12% dan minda separa sedar kita adalah 88% menyumbang kepada setiap tindakan kita.

    Percaya pada rezeki dan konsep memberi adalah tertanam dalam ‘kepercayaan’ didalam minda separa sedar.

    Ianya kepercayaan yang tidak logik, bila kita beri kita akan dapat semula lebih banyak lagi.

    Tapi tiada logik dalam kepercayaan. Kita pilih kepercayaan sendiri.

  6. Berdiri atas raksasa bermaksud akan ada sahabat mahupun individu yang boleh membantu kita mempercepatkan proses ke arah sesuatu yang mahu kita capai. Bawa sekali nilai diri kita supaya insan tersebut juga mendapat sesuatu dari perkongsian kita ini.

  7. Otak pintar bila badan bugar. Bersenam dan bergeraklah kerana ianya membantu menyihatkan tubuh badan. Makan makanan yang kurang gula, garam dan nasi serta tepung putih.
  8. Jadilah pelabur kepada ‘Our Grand Why’.
    Lihat semula tahun terdahulu. Jika kita mahu diri kita dua kali lebih baik dari sebelum ini, lakukan pelaburan tiga kali lebih banyak dari sebelumnya. Jika sebelum ini kita beli buku, hadiri kelas dan coaching sejumlah RM1000. Naikkan kepada RM3000 untuk mendapatkan hasil berbeza. Bila minda sudah terbiasa besar, ia tak akan kecil semula.

    Apa beza anak orang kaya dan orang susah?

    Beza kaya dan miskin bukan sekadar pada pendapatan namun pada kosakata mereka dididik untuk melihat masa hadapan.
    Bila miskin dan banyak ditegah, semuanya jangan.
    Anak orang kaya, semuanya boleh dan pasti ada jalan.

    Jangan sentap, kita sendiri tahu ianya kebenaran.

Mengakhiri nota kelas Dato’ Roslan, bila kita sudah sekali berada diatas puncak tinggi, mata kita akan sering memandang ke atas biarpun kaki kita di bumi.
Pemandangan diatas puncak cukup cantik untuk kita melihat semua perkara di bawah sana. Ia akan membuatkan kita rasa semuanya mudah dan tidak mustahil untuk dilakukan.

Hari ini kita merasa mustahil banyak perkara.
Kerana kita berada di bawah dan melihat puncak itu sebagai tinggi dan susah, perit dan payah.
Cubalah dari hari ini kita fokuskan pandangan kita kepada kemenangan demi kemenangan.
Peluang demi peluang berbanding merasakan ianya sebagai cabaran dan halangan.

Nota Dato Roslan Ab Hamid

Ini komitmen yang diminta untuk tetamu yang hadir siapkan. Bila kita terbiasa capai 5 kemenangan kecil setiap hari yang dilengkapkan sebelum tidur, kita akan berjaya menghasilkan 1800 kemenangan tahun ini.

Minda juga terbiasa menang dan melakukan perkara baik, positif dan bermakna ke arah ‘Grand Why’ yang mahu kita capai.

Antara kemenangan bagi diri saya ialah berjaya menyiapkan sebuah entri di blog. Tips menulis setiap hari bagi usahawan ada disini ya. 

 

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *