Saya wanita bekerjaya. Masa kami suami isteri berusia 30 tahun, anak baru berumur 5, 3 dan 1. Masa tu ada program PUNB bersama Hajah Faiza pengasas jenama Faiza, saya angkat tangan tanya soalan”Bagaimana Hajah bahagikan masa meniaga dengan anak-anak?”
Masa tu beliau jawab “Takkan dekat kedai 24 jam kut. Petang tutup kedai baliklah dan spend masa dengan anak pula.”
Masa tu lama saya termenung dalam kereta. Kedai kami Lunatots ada 9 cawangan termasuk licensee.Dalam satu hari memang kami suami isteri ke 3 cawangan di KL, PJ dan Cheras. Buka 10 pagi dan tutup 11 malam. Sabtu Ahad pun buka kedai. Tak berani tinggal kedai sebab diri sendiri yang suka dapat jumpa pelanggan dan team Luna.
Macamana saya nak buat balik petang dan spend masa untuk anak? Dah 5 tahun kami begini. Rindu memang rindu. Tapi bila di rumah pun, tangan saya pun sibuk membalas mesej dan soalan samada pelanggan atau team. Ataupun sibuk tidur tak bangun-bangun. Anak-anak bersama pembantu. Setiap masa ada rasa bersalah dan tertanya -ini ke yang aku mahu? Buat bisnes untuk anak tapi tak ada luangkan masa (banyak) untuk anak.
“Mommy work” tu macam zikir mereka setiap kali orang tanya mana Mommy. 6 tahun lepas tu kami jual stok barang dan kedai untuk mulakan perjalanan perniagaan dalam coaching dan training. Banyak masa saya dirumah. Namun masih rasa bersalah!
Kau nak apa sebenarnya Suraya?Kerja rasa bersalah, dok rumah rasa tak menyumbang. Makan tahun juga untuk saya selesaikan perasaan saya itu! Bila berbual dengan suami, dia tak dapat relate perasaan saya sebab katanya sebagai lelaki dia memang kena kerja untuk keluarga. Tiada pilihan dan negotiation. Jadi saya kena cari bagaimana nak uruskan perasaan yang saya rasa itu.
Masa tu saya sering tertanya-tanya bagaimana ibu bekerja lain lakukan?Banyak buku tentang wanita yang saya baca ketika itu. Dalam usia 39 tahun dengan anak-anak berumur 14, 12 dan 10 – saya semakin percaya yang setiap ibu adalah yang terbaik untuk anak mereka.
Saya boleh menulis tentang ini hari ini kerana rasa itu sudah hampir tiada. Tidaklah zero rasa bersalah namun tiada keperluan untuk merasainya.
Bila kita kerja – kita tunjukkan komitmen itu apa. Bila kita bersama, kita berikan kasih sayang sepenuhnya. Sekarang lagi unik sebab kita bekerja dari rumah. Di rumah pun ibu (atau bapa) bekerja.
Syukurlah anak-anak di depan mata. Tak kisahlah dekat terasa jauh ke apa sebab kita semua ni sedang berusaha. Nanti mereka besar pun mereka akan kerja dan perlu lakukan apa yang mereka perlu lakukan kan? Sedikit pun tidak akan mengurangkan sayang mereka pada kita hanya kerana perlu berpisah sementara.
A wo(men) has to do what a wo(men) has to do.
Berhenti fikir aku kena korbankan salah satu sebab rezeki Allah sangat luas (abundance). Benarkah dengan memilih kasih sayang maka kita akan hidup susah atau memilih kerja kita akan dilupakan anak anak bila mereka besar nanti?
Ia bermula dari apa yang ada dalam fikiran kita. Fikirkan rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kita sedang berusaha menjadi kita. Berusaha pun dapat pahala
Wanita bekerjaya juga sebuah kejayaan – kerja dan keluarga.
Ibu-bapa boleh tinggalkan kata-kata juga di bahagian komen ya! Mungkin dapat membantu ibubapa yang lain juga.