Program eUsahawan : Certified Trainer eUsahawan
Pengenalan tentang Trainer eUsahawan
Nama saya Suraya Ali dan merupakan seorang Trainer untuk Program eUsahawan yang diiktiraf.
Mendapat pendidikan ijazah IT di University Multimedia dalam jurusan Data Communications.
Memulakan kerjaya di syarikat IT swasta sebelum memulakan perniagaan online iaitu Lunatots dan seterusnya melesenkannya.
Saya mula menulis di blog sejak berusia 18 tahun iaitu pada tahun 2000 ketika Internet mula berada di Malaysia.
Inspirasi memulakan perniagaan Lunatots dan The Milk Story juga bermula daripada penulisan di blog.
Keyakinan terhadap masa depan dunia serba terbuka iaitu Internet memang mengujakan saya.
Saya percaya, Internet akan membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Proram eUsahawan adalah inisiatif penyebaran ilmu dan peningkatan keyakinan menggunakan Internet sebagai medium marketing atau pemasaran.
Sebagai usahawan, kita tidak boleh takut atau mengelak dengan kepesatan dunia teknologi ini.
Usahawan mesti ambil tahu tentang program eUsahawan.
Serba sedikit tentang eUsahawan
Apa itu Program eUsahawan?
Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.
Program ini merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Apa Yang Bakal Anda Pelajari
- Asas Perniagaan
- Kaedah mengenali potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing.
- Ayat Jualan
- Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting).
- Pemasaran Melalui Media Sosial
- Kaedah meningkatkan jualan dengan media sosial seperti Facebook & Instagram.
- Close Sales Melalui WhatsApp
- Kaedah “Close Sales” melalui WhatsApp.
- Pemasaran Melalui Website
- Kaedah membina website asas & memahami Search Engine Optimization (SEO).
Untuk maklumat lanjut daftar eUsahawan hubungi :
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd,
2360 Persiaran APEC, 63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Mengapa Program eUsahawan?
Saya seorang usahawan. Kesukaan saya ialah mengajar.
Bukan menunjuk ajar tapi melihat orang yang mahu belajar itu dapat membuat perubahan dalam kehidupannya.
Dan dalam program ini, perubahan dalam perniagaannya.
Konsep — Apa yang akan dipelajari?
Pemasaran online
Pemasaran ialah memberitahu. Ia adalah perkongsian ilmu sepanjang saya mengusahakan perniagaan.
Ianya ilmu yang terbukti betul dan salah pada saya.
Biarpun ianya mungkin berbeza untuk Tuan/Puan, namun penilaian itu pada pihak penerima.
Walaubagaimanapun, ianya akan jadi ilmu mahal untuk ejen perubahan dalam perniagaan anda pastinya!
Dunia online membuatkan kita mudah dicapai ataupun dijumpai di dunia Internet.
Jika kita tak mahu lakukannya, orang lain akan melakukannya.
Ambil peluang ini menghadiri program eUsahawan ya Tuan/Puan.
Kelas eUsahawan ini percuma!
Nah apa lagi yang kita nantikan?
Cara menyertai Program eUsahawan ialah:
1. Daftar eUsahawan di ezy.la/eusahawan2021
2. Pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda
Peringatan untuk peserta!
Setelah mendaftar, kehadiran adalah wajib (pada tarikh itu). Ianya kerana pendaftaran kita itu telah mengambil tempat satu rakyat Malaysia.
Kelas percuma ini adalah inisiatif kerajaan untuk rakyat.
- Kita ambil apabila bertanggungjawab untuk menggunakannya ya!
Perubahan bermula dari kita.
Baca selanjutnya tentang eUsahawan disini.
(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)