Blog

Inspirasi Menulis Travellis Jepun Tokyo (TJT)

Travellis Jepun Tokyo

Tentang Travellis Jepun Tokyo

Dari kecil umur 10 tahun saya mahu menjadi penulis atau wartawan haha. Cita cita memang banyak, antaranya pengacara.
Tapi yang tak pernah padam ialah penulis.

Sewaktu memulakan buku Travellis Jepun Tokyo (TJT), saya tidaklah terfikir apa-apa yang negatif. Semuanya positif dan mencabar.

 

Travellis Jepun Tokyo

Sejak Mac 2016, mengumpul gambar dan pengalaman di bumi Tokyo, Jepun dan bangun setiap pagi menyiapkan helaian demi helaian buku TJT.
Kadang tertawa sendiri dengan lawak yang (sendiri) buat. Haha.
Keyakinan memang tinggi!
Sehinggalah hari saya menandatangi perjanjian dengan penerbit. Disudut hati, saya berterima kasih diatas kepercayaan penerbit.

Hati Travellis Jepun Tokyo mulai risau

Dan dalam masa yang sama tiba tiba saya risauuuuu.
Baru saya tersedar, dalam dunia ni ada ramaiiiii orang expert tentang Jepun dan tiba-tiba ada seorang insan ni datang dari Bandar Baru Bangi dan sangat excited tentang Jepun!

Saya juga siap membayangkan orang yang expert tentang Jepun contohnya dah 30 tahun duduk disana (wahhhh kagumnya) membaca buku TJT dan tertanya-tanya “hah ini je?” atau “hah, tengok lori sampah pun gembiraaaa?” seperti cannot brain (maksudnya tidak dapat diterima akal mereka)

Haha sebenarnya sehingga hari ini tak ada siapa cakap dengan saya begitu. Semuanya suara didalam kepala saya sahaja.
.
.
Pada hari pelancaran buku Travellis Jepun Tokyo (TJT) 1 Mei 2017, Tuan Hafiz Muridan sebagai pengacara bertanyakan soalan “Apakah inspirasi Cik Sue untuk menyiapkan buku Travellis Jepun Tokyo ini?”
.
.
Saya menjawab dengan ikhlas oleh kerana Tuan Hafiz pun bertanya dengan jujur (kan?)
.
.
“Saya terinspirasi dengan pengembaraan 30 tahun oleh Ibn Battuta.
Ianya sebuah pengembaraan menggunakan perjalanan kaki dan binatang seperti unta sepanjang 117,000 km (sumber Wikipedia).
.
.
Merentasi beberapa negara bermula dari Afrika Barat, Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China. Pontian (kampung Tuan Hafiz) sahaja tiada dalam catatannya.
.
.
Catatannya iaitu Rihlah yang berusia hampir 700 tahun kini menjadi rujukan banyak pihak dan dialih bahasa ke banyak bahasa di seluruh dunia”
.
.
Tuan Shuhairy Norhisham menambah bicara, sepanjang beliau menyiapkan bukunya iaitu Jinsei Iro Iro, Hito Sore Zore, mentornya memberikan kata kata ini

 

“Hari ini buku kita mungkin belum memberi makna. Tapi selepas 50 tahun, buku yang kita tulis akan menjadi rujukan di perpustakaan negara.

Rujukan tentang bagaimana waktu itu, orang Jepun makan. Bertegur sapa. Corak pakaian. Cara berbual dan lain lain. Semuanya akan jadi rujukan.

Tidak ada apa-apa yang kita buat hari ini yang sia-sia. Tidak ada”

 
Selepas itu hati saya tenang…..
Macam awannnn….(awan tenang kan?)
Semoga buku TJT ini dapat menggembirakan kawan-kawan dan pembaca dari serata pelusuk Malaysia. Ameen.
.
.
Manalah tahu jika kawan-kawan dapat berjumpa dengan Pakcik Sakano dalam buku Travellis Jepun Tokyo (TJT) dihadapan Osaka Castle?
.
.
Ehhh tapi Osaka Castle di Osaka tauuu. Tunggu Travellis Jepun Osaka (TJO). Sebelum tu siapa belum dapatkan TJT boleh klik link ini ya

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *