eUsahawan

eUsahawan 2023 Kelas Digital Marketing Percuma

eUsahawan 2023

Siapa pernah mendengar tentang eUsahawan 2023 Kelas Digital Marketing Percuma – sebelum ini angkat tangan! Kalau tak pernah, jom kita lihat video pengenalan ini.

eUsahawan adalah sebuah program latihan keusahawanan untuk rakyat Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2015 sehingga sekarang.

eusahawan

Ianya dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

(Gambar dari laman Facebook eUsahawan MY)

Ini adalah logo terbaru eUsahawan selepas 9 tahun.

eUsahawan 2023

Tujuan utama program keusahawanan ini adalah untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital untuk usahawan menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan.

Bagi usahawan yang nak berkembang dengan lebih jauh dengan platform digital, jangan lepaskan peluang menyertai program eUsahawan 2023 Kelas Digital Marketing percuma ini! Banyak manfaat platform digital untuk majukan perniagaan. Antaranya adalah:

Sebab Pertama

Kelas eUsahawan adalah PERCUMA (satu kali sahaja setiap tahun untuk rakyat Malaysia atas 18 tahun) menyertai program ini!

Sebab Kedua

Di saat artikel ini ditulis, sudah hampir 3 tahun dunia dilanda wabak Covid 19. Jadi, perniagaan lebih mudah diuruskan jika skil digital marketing diasah. Ianya bukan lagi kehendak, malah ianya adalah satu keperluan. Kalau tak dapat bersemuka untuk berniaga, maka alam mayalah tempat untuk berjumpa, kan?

Perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan perlu berpindah kepada platform digital, jika mahu perniagaan kekal releven.

Sebab Ketiga

Peserta akan belajar akan ilmu keusahawanan digital di platform-platform popular seperti:

  • Asas Perniagaan dan Kewangan
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Facebook untuk Pemasaran
  • Instagram Untuk Perniagaan
  • Tik Tok untuk Pemasaran
  • Teknik Whatsapp Business
eUsahawan 2023

(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Sebab Keempat

Sijil Penyertaan juga disediakan sebagai bukti kehadiran ke kelas ini.

Anda boleh sertai kelas eUsahawan jika anda memiliki kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai perniagaan
  • Boleh merekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking
  • Mahu menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach Suraya Ali
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kelas eUsahawan 2023 telah bermula Daftar SEGERA untuk saringan kelas bersama dengan Trainer eUsahawan, Puan Suraya Ali di link ini.

Program ini telah membantu ramai usahawan membuat lonjakan dari segi keuntungan perniagaan mereka. Rekod sehingga Disember 2020 mencatatkan seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta!

(sumber: Portal Malaysia.gov.my)

Bermula pada tahun 2020, mod pembelajaran kelas ini adalah melalui online sepenuhnya menggunakan aplikasi Zoom Meeting memandangkan keadaan krisis Covid 19 yang melanda dunia. Jadi, pelajar memerlukan sambungan internet dan gajet seperti komputer yang stabil.

Berkenalan dengan Puan Suraya Ali, Certified eUsahawan Trainer

Puan Suraya Ali (Cik Sue) adalah pengasas Lunaworks dan penulis buku Travellis Jepun (Tokyo). Beliau juga adalah Digital Marketing Trainer dan Coach di dalam bidang ini.

Beliau memiliki ijazah Bachelor Degree in IT (Hons) Data Communication daripada Multimedia University.

trainer eusahawan

Kepakaran beliau adalah dalam penulisan blog, vlog and Search Engine Optimization (SEO).
Merupakan Certified Master Trainer eUsahawan dari MDEC sejak 2016.

Beliau juga merupakan salah seorang Facebook Lead Trainer yang mewakili Malaysia. Diiktiraf sebagai Digital Marketing Professional oleh Digital Marketing Institute Ireland serta mempunyai Diploma daripada LRN Level 3 Digital Enterpreneurship.

eUsahawan 2023

Puan Suraya Ali juga merupakan Business Coach for VEST dan PeDAS serta Digital Small Business Accelerator (DSBA) Programme by MDEC .

Pencapaian

MDEC: Top Trainer April 2020

top trainer eusahawan
MDEC: Most popular trainer social media 2018

Apa kata bekas peserta eUsahawan ini?

Kelas Cik Sue sesuai untuk semua yang baru nak mula business yang dah lama business lagi bagus sebab sekarang ini zaman internet. Kena follow zamanlah…”

Aqilla Hassan

…As a Master eUsahawan Trainer, she has carefully made clear the fundamentals of using social media for content writing, using Google’s tool for SEO research and also optimizing our marketing to higher and further reach…

Michael Cheong
eUsahawan 2023

…really good instructor…highly recommended for people who want to marketing for sale at fb…class pun ok…tak boring…good explainer….

Kumar Parmeseven

Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.

Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!

Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan 2023.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ilmu dan isu semasa terutamanya berkaitan dengan dunia perniagaan dan pemasaran digital bersama surayaali.com!


(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *